KATA KERJA
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka | membaca | buku |
Jamilah | memukul | seekor ular |
Abidin | menjual | kuih-muih |
Ramli | berjalan | ke sekolah |
Kereta itu | melanggar | seekor lembu |
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
KATA HUBUNG
Kata
hubung gabungan
|
Kata
hubung pancangan
|
||
i. Pemanah itu melepaskan anak
panah,tetapi tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
ii. ``Belum tentu... sama ada
pergi rumah kawanatau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak,lantasmenikam.
|
Pancangan relatif
|
Pancangan komplemen
|
Pancangan keterangan
|
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa
pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh:
i. Pelajar yang berjayaitu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
|
-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu
klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama.
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa danuntuk.
i. Guru tahun enam itu
menyatakanbahawa semua muridnya mendapat enam
A.
ii. Mereka mengetahuibahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untukrakyat melintas sungai.
|
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa
keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dansesungguhnya.
i. Mereka tidak dibenarkan
masuk ke stadium keranatidak memiliki tiket yang
sah.
|
Penjelasan cikgu sangat jelas. Contoh-contoh ini sangat berguna untuk murid-murid.
ReplyDeleteContoh-contoh yang diberikan oleh cikgu amat berfaedah kepada murid-murid.
ReplyDelete