LATIHAN -
KATA KERJAIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit C menjamah
B mengonggong D memakan
2. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu C ditegur
B disapa D dikunjungi
3. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut C memotong
B mencukur D menggunting
4. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong C menziarahi
B mendatangi D menemui
5. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut C memasuk
B menjolok D mencucuk
6. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan C mengalunkan
B mempamerkan D mendendangkan
7. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A diangkat C dipegang
B disambut D dijulang
8. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu C menyodok
B meminum D mencedok
9. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir C terbabas
B tersangkut D tersangkut
10. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun C menyirat
B menganyam D menyulam
KATA HUBUNG
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Dia tidak mahu pergi berjumpa dengan doktor____demam.
A sementara C lalu
B agar D walaupun
2. Adiknya bijak____rajin.
A hingga C serta
B setelah D kerana
3. Puah Esah menjahit baju____menunggu anaknya pulang.
A sementara C meskipun
B sesudah D supaya
4. Pokok bunga itu akan layu____mendapat air yang mencukupi.
A kerana C melainkan
B sementara D seraya
5. Emak menudung lauk itu____tidak dihinggapi lalat.
A supaya C kerana
B lalu D selama
6. Buku ini sesuai untuk pelajar sekolah menengah____tidak sesuai untuk murid sekolah
rendah.
A kerana C sementara
B tetapi D sewaktu
7. Jangan guna lif untuk melarikan diri____berlakunya sesuatu kebakaran.
A tetapi C serta
B selagi D sewaktu
8. ____mereka sampai,adik saya sedang bermain di padang.
A Sekiranya C Semasa
B Sungguhpun D Manakala
9. Buatlah kerja itu____selesai.
A serta C sehingga
B manakala D seandainya
10. Sivam terpijak kulit tembikai____tersungkur.
A lalu C sambil
B selagi D tetapi
Latihan-latihan ini sangat berfaedah kepada pelajar.
ReplyDelete